mama, elaine, fiona, emma, leesha, karen and you know who you are...
Terima kasih untuk segala-galanya. Terima kasih kerana tidak membiarkan ku bersendirian dengan kesedihan dan air mataku. Terima kasih atas doa yang disampaikan kepada Tuhan Maha Besar atas pihak ku. Terima kasih atas nasihat dan galakan yang dibagi. Terima kasih kerana berada di sisi ku sepanjang masa ini. Terima kasih atas makanan yang dibeli, jagaan yang dibagi, dan kasih sayang yang dicurahkan, tanpa meminta balik apa-apa pun daripada ku. Akan ku kuatkan semangat menghadapi cabaran. Akan ku sekali lagi berdiri atas kaki ku sendiri. Akan ku selalu mengingati kasih sayang dan rahmat Tuhan yang melimpah selama-lamanya. Labels: heart soul mind