<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/17139153?origin\x3dhttps://dambiguity.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
DELICIOUS AMBIGUITY ♥
Tuesday, May 22, 2007

Ku selalu hairan akan kreativiti Tuhan, yang mampu mencipta manusia yang boleh membawa dalam hati mereka pelbagai emosi yang bercanggah, padahal semua emosi yang bergolak ini bekerjasama dalam harmoni, sebagai alat yang digunakan untuk menimbulkan keinsafan. Ku rasa seperti tersepit di tengah mindaku yang memahami apa yang ku perlu buat, dan hatiku yang masih tidak boleh menerima kebenaran hidup ini: Tuhan yang berkuasa, Allah Bapa yang berperintah. Walaupun manusia boleh cuba membuat rencana hidupnya, Allah yang menentukan jalan, dan membuat keputusan terakhir. Ku rasa inilah perintah yang paling susah diikuti oleh penganut Kristian: melepaskan imipian sendiri dan segala yang dikasihi, untuk mengikuti Putra Yesus Kristus. Inilah erti menjadi pengikut Yesus. Bukan sahaja membaca Alkitab, berdoa atau pergi gereja, tetapi sanggup menerima segala cabaran hidup demi membanggakanNya, agar cahaya dan kasih sayang Tuhan yang melimpah boleh disebarkan ke seluruh dunia.

Sanggup ku berhenti mempunyai impian sendiri, dan menerima perintah dan kehendakNya, walaupun hati rasa berat dalam usaha untuk mentaatiNya? Adakah ku memahami kebesaran dan kekuatan cintaNya? Bolehkah ku melepaskan keinginanku untuk disayangi oleh orang lain, dan mencurahkan cinta dan kasih sayang terhadap orang lain, tanpa meminta apa-apa, seperti yang diperintah? Bolehkah ku, manusia yang penuh dengan dosa, tahu menyayangi Tuhan dengan segala hati, fikiran dan jiwaku?

Apa yang tidak mungkin atas usaha manusia sendiri, mungkin dengan Allah. Semua boleh dilakukan dengan Allah.

P.S. Bahasa Malaysia ku menjadi makin teruk. Aduhai.. inilah yang terjadi apabila sudah lama di negara orang mat salleh
D I V A at 9:00 AM
3 drop(s) of love