23
Perpisahan Paulus dengan para penatua di Efesus:
"Kamu tahu, bagaimana aku hidup di antara kamu sejak hari pertama aku tiba di Asia ini: dengan segala rendah hati kau melayani Tuhan. Dalam pelayanan itu aku banyak mencucurkan air mata dan banyak mengalami percubaan dari pihak orang Yahudi yang mahu membunuh aku. Sungguhpun demikian aku tidak pernah melalaikan apa yang berguna bagi kamu. Semua kuberitakan dan kuajarkan kepada kamu, baik di muka umum mahupun dalam perkumpulan-perkumpulan di rumah kamu; aku senantiasa bersaksi kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang Yunani, supaya mereka bertaubat kepada Allah dan percaya kepada Tuhan kita, Yesus Kristus. Tetapi sekarang sebagai tawanan Roh aku pergi ke Yerusalem dan aku tidak tahu apa yang akan terjadi atas diriku di situ selain daripada yang dinyatakan Roh Kudus dari kota ke kota kepadaku, bahwa penjara dan sengsara menunggu aku. Tetapi aku tidak menghiraukan nyawaku sedikit pun, asal saja aku dapat mencapai garis akhir dan menyelesaikan pelayanan yang ditugaskan oleh Tuhan Yesus kepadaku untuk memberi kesaksian tentang Injil kasih kurnia Tuhan. Dan sekarang aku tahu, bahwa kamu tidak akan melihat mukaku lagi, kamu sekalian yang telah kukunjungi untuk memberitakan Kerajaan Allah. Sebab itu pada hari ini aku bersaksi kepadamu, bahwa aku bersih, tidak bersalah terhadap siapa pun yang akan binasa. Sebab aku tidak lalai memberitakn seluruh maksud Allah kepadamu."
Kisah Para Rasul, Fasal 20, Ayat 18-26.
Tahun lepas ini, saya semakin memahami apakah tujuan hidup manusia. Walaupun alam dan anak-anak manusia masih dibelenggu oleh kesusahan dan keperitan hidup, pengikut-pengikut Kristus tetap boleh memuji dan meninggikan nama Tuhan kerana kesedihan yang paling jahanam, iaitu perpisahan manusia dari Tuhan, telah dimusnahkah oleh kebesaran dan kasih sayang Juruselamat kita. Dosa akibat penyelewengan Adam dan Hawa telah ditanggung oleh Domba Tuhan, membolehkan kita memanggil Allah sebagai Bapa. Seperti yang diserukan oleh Yesaya: "Tetapi sesungguhnya, penyakit kitalah yang ditanggungnya, dan kesengsaraan kita yang dipikulnya, padahal kita mengira dia kena tulah, dipukul dan ditindas Allah. Tetapi dia tertikam oleh kerana pemberontakan kita, dia diremukkan oleh kerana kejahatan kita". Inilah Jalan Benar, kebenaran hidup manusia: iman yang mengaku keagungan dan ketuhanan Yesus Kristus, Juruselamat kita - tanpa dosa, tetapi dijadikan sebagai pengganti untuk dosa kita. Tujuan hidup penganut adalah untuk membawa Injil ini dan menyebarkannya ke seluruh dunia, dari puncak yang tertinggi sampai ke lembah yang terendah, tak mengira status sosial, kekayaan, taraf pengajian, kaum ataupun bangsa. Dan keseberan dan pembicaraan Tuhan mestilah dilakukan dengan semangat yang tabah, berani dan berkobar untuk Yesus. Berterima kasih lah kepada Roh Kudus yang memberi kita kekuatan sebegitu. Semoga hidup saya akan mencontohi hidup Paulus, yang tetap kuat dalam Firman Tuhan walaupun telah melalui pelbagai jenis percubaan dan penindasan. Para rasul yang diceritakan dalah Alkitab memahami maksud benar kehidupan dan kematian: "Barangsiapa mempertahankan nyawaya, ia akan kehilangan nyawaya, dan barangsiapa kehilangan nyawaya kerana Aku, ia akan memperolehnya".
THE BLOG ♥
The DIVA ♥
WISHLIST ♥
I'M READING ♥
RECOMMENDED ♥
FRIENDS ♥
GREAT SAYINGS ♥